Selamat tinggal Bayern Munich - Utusan Malaysia

Selamat tinggal Bayern Munich

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) berhempas pulas mengekang kebangkitan cuba dilakukan Bayern Munich untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara hari ini.

Juara Perancis itu tumpas 0-1 kepada Bayern dalam suku akhir kedua, namun kemenangan 3-2 di Jerman minggu lalu memastikan mereka layak menerusi peraturan gol di tempat lawan selepas terikat secara agregat 3-3.

Pada awal babak pertama, PSG membuktikan mereka tidak turun hanya untuk mempertahankan kelebihan dimiliki, sebaliknya mengasak kubu lawan bagi mencari jaringan.

Kylian Mbappe mengatur beberapa percubaan dan hampir menjaringkan gol pada minit ketiga hasil hantaran Neymar.

PSG yang turun tanpa tonggak seperti Mauro Icardi dan Marquinhos, hampir kehilangan Angel Di Maria di minit ke-19 selepas sia terpaksa menerima rawatan dengan kaki terhincut-hincut.

Pada minit ke-26, penjaga gol PSG, Keylor Navas hampir memberi ‘talian hayat’ apabila membaling bola kepada pemain lawan, Leroy Sane, namun sepakan Sane tersasar.

Kecekapan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer menafikan percubaan Neymar di minit ke-30 dan 39, malah percubaan bintang Brazil itu terkena palang di minit ke-39.

Dalam keghairahan mencari gol, serangan balas Bayern membolehkan Eric Choupo-Moting menewaskan Navas untuk gol yang diperlukan pasukannya.

Memasuki babak kedua, perlawanan lebih seimbang dan Bayern mengatur serangan bertali arus bagi mencari gol kedua.

Tuan rumah kian tertekan diasak bertubi-tubi pada 15 minit terakhir kerana satu lagi gol akan membawa juara Jerman itu ke separuh akhir.

Sane hampir memperoleh gol kedua pasukannya pada minit ke-82 tapi sepakan lemahnya tersasar.

Bayern terus mengatur serangan di hujung permainan dan memaksa PSG bertahan, terutama dalam tempoh empat minit waktu kecederaan.

PSG berjaya mempertahankan kedudukan 0-1 sehingga wisel penamat ditiupkan untuk melunaskan dendam atas kekalahan kepada Bayern dalam final musim lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya