Sabah sekat hajat Penang - Utusan Malaysia

Sabah sekat hajat Penang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penang FC terlepas peluang terbaik untuk melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas diikat 1-1 oleh Sabah di Stadium Bandaraya hari ini.

Skuad Harimau Kumbang boleh memintas Kedah jika mengutip tiga mata, namun seri menyebabkan mereka menghuni tangga keempat dengan berkongsi 15 mata bersama Terengganu.

Sabah yang menduduki tangga ketiga tercorot turut mengejutkan tuan rumah dengan terlebih dulu membuka jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-52.

Tersentak dengan gol tersebut, anak-anak buah ‘Jurgen Klopp Malaysia’, Tomas Trucha menggatur asakan bertali arus untuk mencari gol penyamaan.

Akhirnya, Casagrande berjaya menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki lima minit.

Ini keputusan seri ketiga dicatat oleh Penang FC dan Sabah dalam lapan aksi Liga Super musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya