Rodney, Fadzrul kena gantung - Utusan Malaysia

Rodney, Fadzrul kena gantung

Fadzrul Danel Nizam digantung empat perlawanan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nasib dua pemain Kedah, Fadzrul Danel Nizam dan Rodney Celvin akhirnya terjawab apabila mereka digantung perlawanan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Che Mokhtar Che Ali berkata, mereka dikenakan hukuman terbabit ekoran berkelakuan kasar ketika bertemu Terengganu pada 9 April lalu.

“Bagi Fadzrul, dia dikenakan hukuman penggantungan empat perlawanan termasuk satu penggantungan perlawanan secara automatik dan didenda sebanyak RM10,000.

“Rodney pula dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan kedua-dua pemain ini diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama,” kata Che Mokhtar dalam satu kenyataan.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan pegawai Terengganu dikenakan hukuman denda sebanyak RM20,000 akibat daripada tindakan mereka yang berkelakuan tidak wajar ke atas kumpulan pengadil sewaktu berdepan Sabah pada 21 Mac lalu.

“Semua pegawai Terengganu telah dikenakan hukuman RM20,000 termasuk diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

“Pengurus Terengganu, Zul Fadli Rozi pula dihukum penggantungan empat perlawanan selain denda sebanyak RM10,000 selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil perlawanan.

“Pegawai Terengganu, Shukri Che Zakaria turut didenda berasingan dengan penggantungan dua perlawanan sebanyak RM5,000 atas kesalahan yang sama,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya