Quintero raih tempat ketiga Jelajah Mevlana - Utusan Malaysia

Quintero raih tempat ketiga Jelajah Mevlana

Carlos Quintero
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Carlos Quintero terus cemerlang di bumi Turki apabila meraih tempat ketiga keseluruhan Jersi Kuning, Jelajah Mevlana yang berakhir, semalam.

Pada perlumbaan berstatus 2.2 Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) itu, Quintero mengutip 14 mata dengan masa 12 jam 16 minit 09 saat sepanjang empat hari perlumbaan.

Kejayaan itu sekali gus membolehkan TSG menduduki tempat kelima kategori pasukan dengan masa keseluruhan 37:03:29s.

Pengurus TSG, Mohd. Saiful Anuar Aziz berkata, pencapaian terbaharu itu melepasi sasaran yang ditetapkan pasukan.

“Prestasi para pelumba sangat baik dan saya berpuas hati termasuk kelibat muka baharu, Jeroen Meijers yang dapat menyesuaikan diri bersama pasukan.

“Kami akan pulang semula ke tanah air sebelum berpecah kepada dua pasukan untuk menyertai perlumbaan di Rwanda dan Thailand pada bulan Mei,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

TSG meraih kedudukan podium menerusi Quintero yang menamatkan perlumbaan hari ketiga di tempat kedua manakala Youcef Reguigui pada hari terakhir semalam, juga kedua.

Pelumba tempatan, Harrif Saleh pula menduduki tempat ke-10 pada hari pertama Jelajah Mevlana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya