Piala AFC: Aksi Kedah, Terengganu dipinda - Utusan Malaysia

Piala AFC: Aksi Kedah, Terengganu dipinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perlawanan peringkat kumpulan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021 bagi zon ASEAN melibatkan Kedah dan Terengganu FC dipinda ke tarikh baharu, umum AFC dalam kenyataan hari ini.

Menurut AFC, perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 22 hingga 28 Jun dipinda ke 29 Jun hingga 5 Julai bagi saingan Kumpulan H, manakala Kumpulan I pula bermula 30 Jun hingga 6 Julai.

Keputusan itu dibuat setelah mendapat pengesahan jadual baharu pertandingan kelab utama benua dalam  playoff Liga Juara-Juara AFC (Timur) yang ditetapkan pada 22 Jun, selain jadual perlawanan peringkat awal melibatkan pasukan dari Zon ASEAN.

Kata AFC, perkara lain berkaitan saingan itu tidak berubah dengan perlawanan bagi Kumpulan H dan I dijadualkan berlangsung di Singapura manakala baki perlawanan Kumpulan G akan dimaklumkan kemudian.

Naib juara Liga Super musim 2020, KDA FC diundi dalam Kumpulan H bersama Lion City Sailors FC dari Singapura, Saigon FC (Vietnam) dan satu lagi pasukan ditentukan melalui playoff bulan depan.

Sementara saingan Kumpulan I pula terdiri daripada Geylang International FC (Singapura), Kaya FC-Iloilo (Philippines), TFC dan satu pasukan playoff.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN