Pesaka bakal diterajui 'anak silat' ? - Utusan Malaysia

Pesaka bakal diterajui ‘anak silat’ ?

MEGAT ZULKARNAIN OMARDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) bakal melakar sejarah baharu apabila dijangka diterajui anak silat sendiri dalam pemilihan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), hari ini.

Selain kerusi No. 1 Pesaka, kedudukan tiga  Naib Presiden juga dijangka hangat apabila dikhabarkan tujuh calon bertanding bagi merebut jawatan tersebut.

Tujuh calon tersebut adalah Sulleh Udin dari Pesaka Selangor dan Zaihan Mohd. Isa (Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia) yang sedia mempertahankan jawatan Naib Presiden.

Sementara lima lagi adalah Datuk Adiwijaya Abdullah dari Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan; Profesor Madya Mohd. Ariff Mat Hanafiah (Pesaka Melaka); Datuk Yahaya Ali (Pesaka Terengganu); Ahmad Fahmi Ahmad Domil (Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia) dan Safaran Ahmad (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia).

Kedudukan tersebut dilihat sebagai satu perkembangan positif dan luar biasa bagi Pesaka sejak penubuhannya pada 1984.

Terdahulu, kedudukan Presiden Pesaka, Tun Mohd Ali Rustam tidak mempertahankan kerusi No. 1 itu selepas dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka pada Jun tahun lalu.

Keadaan tersebut menyaksikan Datuk Megat Zulkarnain Omardin diberi kepercayaan sebulat suara memimpin Pesaka untuk menghabiskan satu penggal.

Kedudukan Megat, selaku Setiausaha Agung Pesaka juga dijangka berubah dalam pemilihan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya