Perak, Kedah dan pemain penentu nasib Zainal - Utusan Malaysia

Perak, Kedah dan pemain penentu nasib Zainal

ZAINAL ABIDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Masih ada sinar buat Zainal Abidin Hassan apabila bekas penyerang kebangsaan itu diberi peluang kedua untuk menyakinkan kembali pihak pengurusan Melaka United FC (MUFC) mengapa beliau tidak wajar disingkirkan.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, MUFC telah bersetuju untuk menilai kedudukan Zai­nal selaku jurulatih dalam dua perlawanan Liga Super akan datang.

Ujar sumber itu, dua perlawanan tersebut ialah menentang Perak di tempat lawan Ahad ini dan bertemu Kedah di Stadium Hang Jebat pada 30 April.

“Jika kedua-dua perlawanan itu MU tewas, ada kemungkinan besar Zainal diketepikan sebagai jurulatih tetapi jika menang sekalipun, nasibnya belum dapat ditentukan lagi.

“Ia juga bergantung kepada pertemuan semua pemain de­ngan Ketua Pegawai Eksekutif MUFC (Datuk Mohd. Saiful Md. Sapri) dalam tempoh terdekat.

“Pertemuan Saiful adalah atas permintaan pemain. Hasil pertemuan akan dibentangkan kepada pihak pengurusan ter­tinggi MUFC sebelum jendela perpindahan pemain ditutup,” ujarnya.

Kedudukan Zainal, 59, bersama dua pembantunya menjadi tanda tanya selepas Melaka menghuni tangga ketiga ter­corot dengan tiga kekalahan, empat seri dan dua kemena­ngan.

Menurut sumber tersebut, bukan setakat kedudukan jurulatih dinilai ekoran prestasi buruk Melaka, malah beberapa pemain juga mungkin digugurkan pada jendela perpindahan hujung bulan ini.

“Ada juga pemain tidak menunjukkan prestasi baik daripada sembilan perlawanan setakat ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya