Perak II, Terengganu II buntu di Ipoh - Utusan Malaysia

Perak II, Terengganu II buntu di Ipoh

PERTAHANAN Terengganu II, Muhammad Alif Zakaria (kanan) diasak pemain Perak II, Royizzat Daud dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiada sebarang gol terhasil dalam tempoh 90 minit, dan Perak II terpaksa berpuas hati seri tanpa jaringan dengan Terengganu II pada perlawanan  Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, Terengganu II kekal di tangga keenam dengan mengumpul sembilan mata, manakala Perak II bimbingan Syamsul Mohd. Saad menghuni kedudukan kelapan menerusi tujuh mata daripada tujuh perlawanan.

Kedua-dua pasukan berbalas serangan yang menyaksikan bola naik turun dalam perlawanan di atas padang licin berikutan hujan sebelum perlawanan.

Bagaimanapun tidak banyak peluang dicipta  sepanjang 45 minit pertama menyaksikan kedudukan terikat 0-0.

Pemain Perak II  tidak menunjukkan tanda-tanda mental terjejas biarpun dilaporkan tidak menerima gaji selama dua bulan, sebaliknya mereka berjaya memberi tentangan sengit kepada pasukan pelawat yang dibimbing Badrul Afzan Razali  dengan gerakan 1-2 kemas.

Skrip babak kedua tidak banyak berubah dengan kedua-dua pasukan berusaha gigih untuk memecah kebuntuan.

Tuan rumah beberapa kali berjaya menembusi benteng Terengganu tetapi fikecewakan oleh penyudah tumpul serta ketangkasan penjaga gol Sang Penyu, Mohamad Shafawi Mohamad.

Terengganu turut tidsk berdiam diri dan beberapa kali mencemasksn kubu tuan rumah tetapi tiada penyudah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya