Perak II buru pemain baharu - Utusan Malaysia

Perak II buru pemain baharu

KEKALAHAN kepada Kuching City kelmarin menyebabkan Perak II menghuni tangga ketiga tercorot Liga Perdana. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak II mencari pemain baharu yang lebih berwibawa bagi memantapkan pasukan itu apabila saingan Liga Perdana memasuki pusingan kedua.

Pengendalinya, Syamsul Mohd. Saad berkata, melihat prestasi Perak II selepas tamat mereka sebenarnya mampu memberi saingan dengan syarat beberapa posisi perlu diperkuatkan.

Perak II tumpas 0-2 kepada Kuching City FC dalam perlawanan terakhir mereka kelmarin tetapi memberi saingan kepada pelawat.

Kekalahan itu menyebabkan mereka kini menduduki tangga ketiga tercorot dengan
mengutip sembilan mata.

“Berdasarkan persembahan di pusingan pertama kami berpotensi memberi saingan kepada pencabar lain.

“Apa yang kami perlukan ialah mencari khidmat pemain lebih berkemampuan untuk mengukuhkan pasukan.

“Berikutan jendela perpindahan kedua mula dibuka awal Mei ini, Perak II tidak mahu ketinggalan mencari pemain baharu.

“Pasukan lain juga akan mencari pemain baharu. Saya akan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa tertinggi kelab untuk mendapatkan pemain dari skuad Liga Super serta pemain import jika boleh,” kata Syamsul.

Jurulatih itu mengulangi sasarannya ialah untuk kekal dalam Liga Perdana 2022 dan untuk itu mereka perlu berada dalam kedudukan kelapan atau kesembilan.

“Saya jangka Perak II akan berentap untuk kedudukan tujuh, lapan atau sembilan, jadi kami perlu bersedia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya