Perak cari pembeli, penaja ‘tulen’ - Utusan Malaysia

Perak cari pembeli, penaja ‘tulen’

KHAIRUL Shahril Mohamed (kiri) bersama Rizal Ali Naizali dalam sidang akhbar di Ipoh semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dalam usaha menyelesaikan kemelut kewangan yang membelenggu, Perak FC menawarkan mana-mana pihak untuk membeli saham atau menjadi penaja utama kelab.

Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed bagaimanapun berkata, mereka hanya mencari penaja atau pembeli ‘tulen’ bukan pihak yang sekadar mahu membuat untung.

“Setakat ini memang banyak pihak mengemukakan cada­ngan dan berminat tetapi bersyarat, jadi susahlah begitu.

“Saya tawarkan kepada mana-mana pihak yang berminat bantu kita khususnya untuk menjadi penaja utama, bahkan tiada masalah jika mereka, termasuk jika ada putera dari negara Arab sekalipun yang ingin membeli share (pegangan saham) Perak FC,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Taklimat Pembangunan Infrastruktur Telekomunikasi bagi negeri Perak di sini semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Rizal Ali Naizali.

Khairul Shahril yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak berkata, ada juga cadangan daripada peminat agar dibuka atau menawarkan saham kepada mereka.

Begitupun katanya, ia bukan semudah disangka memandang­kan banyak perkara perlu diperhalusi termasuk implikasinya.

“Sebelum ini banyak pihak datang kepada kita menawarkan tajaan, namun ia bukanlah penajaan tulen apabila meletakkan syarat inginkan pulangan dari pihak kerajaan negeri sebagai batu loncatan perniagaan.

“Pada saya itu tidak meme­nuhi objektif menyelesaikan masalah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khairul berkata, bayaran sebulan gaji sebelum perlawanan mungkin menjadi ­tonik kebangkitan Perak ketika menumpaskan UiTM FC 3-2 dalam saingan Liga Super di Stadium Perak kelmarin.

Pada perlawanan itu, tuan rumah ketinggalan 0-2 tetapi bangkit di babak kedua untuk merakam kemenangan keti­ganya setakat ini.

“Kami sedang berusaha menyelesaikan kemelut kewangan Perak ketika ini. Semalam kita dah bayar sebulan gaji, mungkin kerana itu mereka menang.

“Bagaimanapun saya harap pemain tidak meletak syarat tinggi dalam memburu kejayaan walaupun ia periuk nasi mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya