Penyu waspada helah Harimau Kumbang - Utusan Malaysia

Penyu waspada helah Harimau Kumbang

PEMAIN Terengganu menjalani latihan hari ini menjelang pertemuan menentang Penang FC malam esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC mengambil pendekatan berwaspada dalam menerima kunjungan pendatang baharu Liga Super, Penang FC di laman sendiri, malam esok.

Ketua jurulatihnya, Mohd. Nafuzi Zain berkata, skuad kendalian Thomas Trucha itu telah membuktikan kemampuan tersendiri musim ini.

Katanya, walaupun beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dan di depan penyokong sendiri tetapi belum menjamin kemenangan Sang Penyu yang kini hanya dua mata mengatasi Penang FC.

“Persiapan untuk menghadapi Penang FC masih sama seperti perlawanan sebelum ini kerana tiada lawan yang mudah dalam Liga Super.

“Mereka pasukan yang baik dan berhak berada dalam kelompok atasan, jadi kita perlu berhati-hati bagi mengelak tercicir dari kedudukan kedua jika tewas perlawanan,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Sementara itu, ketua pasukan, Carli De Murga dijangka kembali memperkuatkan Terengganu FC selepas gagal menamatkan 90 minit dalam aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), minggu lalu.

Terengganu FC dan Penang FC ketika ini mengumpul 21 dan 19 mata daripada 10 perlawanan dengan masing-masing berada pada prestasi terbaik menuju tamat pusingan pertama Liga Super.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya