Pengadil wanita berhijab di Olimpik - Utusan Malaysia

Pengadil wanita berhijab di Olimpik

SARAH GAMAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH, Mesir: Ketika bola keranjang 3 lawan 3 membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik 2020 Tokyo, pengadil wanita, Sarah Gamal turut membuat kemunculan pertamanya.

Bukan itu sahaja, pengadil berdarah Arab dan Afrika itu juga wanita yang sama tinggi dengan pemain lelaki.

“Sejak awal perjalanan saya sebagai pengadil, saya tidak pernah mendengar komen negatif atau sebarang halangan saya sebagai wanita terutama me­ngenakan hijab.

“Bagi saya, penggunaan hijab adalah sesuatu yang normal dan ia tidak mendatangkan masalah,” kata pengadil berusia 32 tahun itu.

Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa (FIBA) mengubah peraturannya pada 2017 untuk membenarkan pemain memakai hijab dalam keadaan tertentu.

Bagi menarik peminat antarabangsa yang lebih muda, FIBA memperkenalkan acara 3 lawan 3 yang popular di gelanggang awam seluruh dunia sebelum format ditambahkan ke program Olimpik Tokyo pada 2017.

Bagaimanapun untuk acara itu, ia akan dimainkan dalam separuh gelanggang dan hanya satu bakul digunakan.

Untuk memenangi perlawanan, pasukan perlu mencapai 21 mata atau mengalahkan lawan mereka selama dua babak 10 minit. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya