Pemain tak boikot, diarah tamat latihan awal - Sabah FC - Utusan Malaysia

Pemain tak boikot, diarah tamat latihan awal – Sabah FC

TULAR di media sosial pemain Sabah memulaukan sesi latihan semalam sebagai protes tidak menerima gaji. - TWITTER AZHARRUHAIZAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sabah FC menafikan pemainnya bertindak memboikot sesi latihan semalam sebagai tanda protes tidak menerima gaji.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah FC,  Khairul Firdaus Akbar juga menegaskan, mereka tidak berdepan isu tunggakan tiga bulan gaji seperti yang tersebar di media sosial.

“Setakat ini tiada pemain yang melakukan boikot pada sesi latihan petang semalam. Latihan selesai awal, manakala pemain diminta berehat sebelum terbang ke Pulau Pinang (aksi Liga Super) hari ini.

“Pihak pengurusan menyangkal dakwaan media. Ianya bukan datang daripada kenyataan media rasmi yang dikeluarkan Sabah FC,” kata Khairul Firdaus dalam kenyataan hari ini.

KENYATAAN rasmi Sabah FC.

Malam tadi, tular di media sosial gambar pemain Sabah meninggalkan padang latihan kerana dikatakan memprotes pihak pengurusan akibat kegagalan mereka membayar gaji.

Sumber memberitahu, latihan sepatutnya bermula pukul 4 petang tetapi selepas perbincangan hangat dalam kalangan pemain dan jurulatih, sesi tersebut kemudian dibatalkan.

Khairul Firdaus berkata, dalam tempoh tiga bulan pihak pengurusan baharu mengamb alih pasukan, mereka sentiasa melakukan yang terbaik bagi memastikan Sabah di landasan betul.

Katanya, pihak pengurusan tidak pernah mengabaikan masalah yang dihadapi pemain sama ada di luar atau dalam padang sehingga menjejaskan prestasi Sabah FC.

“Kita menegaskan di sini, komunikasi di antara pengurusan dan pemain sangat baik. Kami yakin selepas ini semuanya akan berjalan lancar, sekali gus mengelak daripada masalah ini berulang di masa depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya