Pemain ‘jaga perangai’ berdepan pengadil wanita? - Utusan Malaysia

Pemain ‘jaga perangai’ berdepan pengadil wanita?

AKSI Nur Akmal Anuar sudah mengendalikan tiga perlawanan Liga Perdana musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun ba­nyak kes berlaku melibatkan pengadil dikasari pemain sepanjang Liga Malaysia (Liga M) musim ini, namun dua pegawai perlawanan wanita belum berdepan detik ‘menakutkan’.

Mengandaikan, pemain bola sepak lebih ‘menjaga pera­ngai’ apabila berdepan pengadil wanita, Nur Akmal Anuar dan Nurul Ain Izatty Zainal me­ngakui, setakat ini mereka dapat menjalankan tugas tanpa insiden tidak diingini.

Nur Akmal, 33, tidak menafikan, kebimbangan tetap ada setiap kali mengendalikan aksi Liga Perdana sejak tahun lalu kerana perlawanan dikelilingi lelaki, namun melakukan persiapan rapi sebelum perlawanan amat penting.

“Alhamdullilah semua berjalan baik dan tiada perkara tidak diingini berlaku. Sebenarnya sejak tahun lepas lagi saya sudah mengendali perlawanan Liga M sebagai penolong pe­ngadil kedua.

“Penerimaan pasukan sepanjang saya mengendali perlawanan banyak memudahkan kerja saya.

“Setakat ini tiada sebarang kontroversi. Untuk tahun ini, saya melakukan tugas sama dan telah mengendali tiga perlawanan dalam Liga Perdana.

“Sudah tentu perasaan risau dan bimbang tetap ada kerana mengendali perlawanan yang majoriti lelaki tetapi saya ambil itu sebagai satu cabaran,” katanya yang telah diiktiraf sebagai pengadil badan bola sepak dunia, FIFA sejak 2015.

NURUL Ain Izatty Zainal (dua dari kanan) ketika mengendalikan perlawanan Liga Perdana di antara Sarawak United dan PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 16 April lalu.

Sementara itu, bagi Nurul Ain Izatty pengalaman pertama kali dalam Liga M walaupun hanya sebagai pengadil keempat cukup berharga dan sangat berbeza.

“Walaupun hanya sebagai pegawai (pengadil) keempat saya rasa perlawanan agak mencabar.

“Sebelum ke stadium saya banyak merujuk dengan pe­ngadil senior terutama dari Negeri Sembilan.

“Sebelum ini saya banyak buat perlawanan belia dan presiden, ia memang jauh berbeza. Kalau aksi persahabatan saya pernah ada pengalaman sebagai penjaga garisan melibatkan beberapa pasukan Liga Super.

“Risau itu normal untuk semua pengadil apabila diberi tugas mengendali perlawanan. Bagi saya masih banyak yang perlu dipelajari,” katanya.

Berusia 23 tahun, dia me­ngakui pengalaman mengendali perlawanan di pentas tertinggi sepanjang lapan tahun dalam dunia pengadilan adalah menjalankan tugas pada Kejohanan AFC Bawah 16 (B-16) wanita 2016 di Laos.

“Ketika itu umur saya 17 tahun kalau tidak silap dan masih bersekolah.

“Melihat sudah ramai pe­ngadil wanita mengendali perlawanan melibatkan lelaki, saya menjadikan itu sebagai motivasi untuk turut berada di tahap itu,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya