Pasukan kedua tercorot ikat Terengganu II - Utusan Malaysia

Pasukan kedua tercorot ikat Terengganu II

MOHD. Ramzi Sufian (kanan) meraikan gol Terengganu II bersama rakan sepasukan dalam aksi Liga Perdana bertemu PDRM, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC II terpaksa menangguhkan hasrat kembali ke landasan kemenangan selepas seri 1-1 dengan pasukan kedua tercorot, PDRM di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini sebentar tadi.

Lebih malang, kelab berstatus ‘feeder’ itu menamatkan permainan dengan 10 pemain gara-gara layangan kad merah kepada Masaki Watanabe di penghujung aksi.

Awal permainan memihak kepada Terengganu FC II yang memberi amaran ketika aksi baru berusia satu minit namun jaringan Watanabe dibatalkan kerana ofsaid.

Penguasaan tuan rumah kemudian diteruskan menerusi percubaan pemain sayap, Engku Nur Shakir Engku Yacob pada minit ke-25 diikuti Watanabe pada minit ke-34

Hasrat Terengganu FC II untuk mendahului tercapai apabila Mohd. Ramzi Sufian melakukan sepakan leret dari dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol pada minit ke-36.

Skuad The Cops hanya mampu menguji pintu gol tuan rumah seminit sebelum rehat bagaimanapun skrip berbeza dipamerkan pada babak kedua selepas mengawal permainan dan menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-49.

Berpunca daripada sepakan sudut di sebelah kanan, pemain gantian, Alexander Amponsah berjaya menanduk masuk bola untuk kembali mengimbangi permainan.

Terengganu FC II nyaris dikejutkan PDRM dengan hantaran Lazarus Kaimbi (m-61) dari dalam kotak penalti tetapi gagal dibaca rakan sepasukan, Amirul Wa’ie Ya’acob.

Tersentak dengan dominasi lawan, tuan rumah meningkatkan serangan menyaksikan tandukan Izzan Syahmi Mustapa pada minit ke-64 sekadar tinggi melepasi sasaran.

Watanabe diarahkan keluar padang dalam masa kecederaan selepas menyiku Muhd. Afiq Azuan sekali gus menambah duka Terengganu FC II yang mencatat keputusan seri kali kelima berturut-turut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya