Pahang, Terengganu cicir mata lagi - Utusan Malaysia

Pahang, Terengganu cicir mata lagi

PEMAIN tengah Sri Pahang FC, Hafiz Ramdan (kanan) diasak Nasir Basharudin dari Terengganu dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN:  Sri Pahang gagal mencari kemenangan selepas tiga perlawanan, manakala Terengganu keciciran mata buat kali keempat berturut-turut selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Tok Gajah yang tumpas dalam dua perlawanan terakhir – 1-3 kepada Kedah dan 0-1 di tangan Petaling Jaya FC bagaimanapun berjaya keluar dari kedudukan kedua tercorot dengan menghuni kesembilan liga.

Terengganu sebaliknya jatuh ke tangga keempat liga selepas dipintas oleh Penang FC yang menang 2-1 di Melaka United dalam satu lagi perlawanan.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri menaikkan semangat anak-anak buah Dollah Salleh di peringkat awal permainan apabila tidak menunggu lama untuk membolosi gawang Terengganu.

Lima minit pertama, penjaga gol, pelawat, Mohd. Suhaimi Husin terpaksa menerima rawatan selepas cedera akibat pergelutan di depan pintu gol kerana menerima asakan penyerang tuan rumah.

Sesekali anak buah Mohd. Nafuzi Mohd. Zain melancarkan serang balas sehingga berjaya mendapat dua sepakan sudut dalam tempoh lima minit.

Minit ke-17, usaha berterusan Pahang akhirnya membuahkan hasil selepas Muhamad Nor Azam Azih berjaya melepaskan sepakan deras dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas Mohd. Suhaimi untuk gol pertama tuan rumah.

Pahang terus melancarkan serangan dan peluang terbaik untuk menambah gol hadir 11 minit kemudian, juga melalui sepakan deras dari luar kotak penalti tetapi sepakan Mohd. Nur Izat agak tinggi melewati tiang gol.

Minit 40, pelawat mempunyai peluang terbaik untuk mendapatkan gol penyamaan selepas dihadiahkan sepakan penalti tetapi sepakan ketua pasukan Terengganu, Carlos Alberto melepasi palang gol.

Pemain Terengganu tidak patah semangat dengan kegagalan Carlos terus melancarkan serangan bertali arus dan peluang terbaik diperolehi Jordan Mintah tetapi dikecewakan kecekapan penjaga gol Pahang, Muhammad Zarif Irfan Hashimudin.

Memasuki babak kedua, Dollah memasukkan Pedro Henrique bagi memantapkan jentera serangan Tok Gajah untuk menambah jaringan skuad itu.

Sebaliknya Terengganu dihadiahkan sepakan penalti kali kedua selepas bola terkena tangan Muslim Ahmad tetapi sepakan Jordan Mintah berjaya ditangkap kemas Muhamad Zarif.

Bagaimanapun penjaga gol Pahang itu didakwa bergerak keluar sebelum Jordan mengambil sepakan hingga pengadil mengambil keputusan sepakan penalti pada minit ke-75 itu di ambil sekali lagi dan Jordan tidak mensia-siakan peluang untuk gol penyamaan pelawat.

Kedua dua pasukan cuba untuk menambah jaringan tetapi keputusan seri kekal hingga wisel penamat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya