Olimpik Tokyo sepi tanpa penonton? - Utusan Malaysia

Olimpik Tokyo sepi tanpa penonton?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Peningkatan kes Covid-19 di Jepun menyebabkan penganjur Sukan Olimpik Tokyo tidak boleh memutuskan sama ada temasya akan dibuka kepada penonton sehinggalah Jun depan.

Penganjur juga memperketatkan peraturan dengan mewajibkan atlet menjalani ujian setiap hari berbanding empat hari sekali dalam usaha menyokong temasya yang tertangguh.

Tidak sampai tiga bulan menjelang upacara pembukaan, sebahagian negara kini dalam perintah berkurung ekoran peningkatan jangkitan.

Bandar raya Olimpik, Tokyo sendiri sedang melalui perintah berkurung.

Peminat luar negara sudahpun dilarang hadir ke Jepun dan penganjur bercadang mengehadkan kedatangan penonton domestik.

Bagaimanapun melihat perkembangan semasa Covid-19, keputusan mengenai kemasukan penonton hanya dapat diputuskan sebulan sebelum upacara pembukaan pada 23 Julai.

“Ketika menilai situasi jangkitan domestik melibatkan variasi baharu, kami bersetuju bahawa keputusan membabitkan penonton di venue Olimpik dan Paralimpik akan dibuat pada Jun,” kata pegawai Olimpik selepas perbincangan peringkat tertinggi hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya