Neitzel dalam bahaya? - Utusan Malaysia

Neitzel dalam bahaya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekadar mencatat dua kemenangan musim ini, malah kalah 1-2 kepada Kedah dalam aksi terakhir Liga Super meletakkan kedudukan pengendali Selangor,  Karsten Neitzel menjadi tumpuan menjelang pertembungan menentang Perak di Stadium Bandaraya Petaling Jaya malam ini.

Hanya kemenangan mampu menutup keraguan terhadap jurulatih dari Jerman itu, yang mengalami tiga kekalahan daripada tujuh perlawanan, sekali gus meletakkan Red Giants di tangga ketujuh liga.  

Khabar yang mengatakan UiTM FC merehatkan jurulatihnya, Frank Bernhardt ekoran aksi hambar The Lions Troops memberi isyarat buat Neitzel kerana Selangor juga terkenal dengan tindakan gemar merehatkan jurulatih selepas pasukan gagal menunjukkan prestasi diharapkan.

Setakat ini, dua jurulatih Liga Malaysia (Liga M) sudah direhatkan iaitu pengendali PDRM, Mat Zan Mat Aris dan Thomas Dooley, yang diberi tugasan baharu sebagai penasihat.

“Kedudukan saya? Saya tak tahu, jangan tanya saya. Saya perlu analisis apa yang berlaku dalam perlawanan menentang Kedah tetapi apa yang jelas kami gagal menjaringkan gol menerusi beberapa peluang yang diperolehi.

“Itu perlu diperbaiki segera pada perlawanan akan datang (menentang Perak). Kita juga ada beberapa pilihan pemain untuk diturunkan, kita lihat nanti,” kata Neitzel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya