Negeri Sembilan, Sarawak sama handal - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan, Sarawak sama handal

PERTAHANAN Negeri Sembilan, R. Aroon Kumar (kiri) diasak pemain Sarawak United, Khairy Muhammad Jefri Jones dalam aksi   Liga Perdana  di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban sebentar tadi. - UTUSAN/MUHAMMAD IZZAT TERMIZIE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pertembungan dua pasukan teratas Liga Perdana, Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Sarawak United berkesudahan seri 1-1 sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam tadi itu, pelawat mengejutkan tuan rumah menerusi gol seawal minit pertama oleh Muhammad Gopi Rizqi Ramachandra.

Tersentak dengan gol tersebut, NSFC mencuba mencari gol penyamaan namun ia hanya muncul pada minit ke-61.

Ia menerusi gol sepakan percuma deras oleh penyerang import, Thierry Akono Akono menewaskan penjaga gol Sarawak United, Mohd. Sharbinee Allawee Ramli.

Kemudian tuan rumah terus menggandakan serangan namun sehingga tamat Sarawak United kental bertahan sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan meraih satu mata berharga.

Selepas lapan perlawanan, Negeri Sembilan masih mendahului Liga Perdana dengan 18 mata.

Sarawak United mengekori di tangga kedua dengan 17 mata selepas mengharungi lapan perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya