MU tidak lagi 'dihantui' masalah gaji - Utusan Malaysia

MU tidak lagi ‘dihantui’ masalah gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Melaka United FC (MUFC) akan diberikan nafas baharu apabila pemilikan pasukan itu sudah bertukar tangan menerusi pembelian saham 70 peratus oleh syarikat pengeluar sarung tangan, KenTeam Sdn. Bhd.

Bermakna syarikat berkenaan adalah pemilik baharu MUFC sekali gus bertanggungjawab terhadap pasukan itu termasuk pembayaran gaji dan pengurusan skuad berkenaan.

Tidak mahu mendedahkan jumlah sebenarnya pembelian saham itu, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk seri Justin Lim berkata keputusan terbabit adalah bagi memastikan MUFC kembali berdaya saing seterusnya meraih kejayaan dalam saingan Liga Super.

“Kami mempunyai banyak rancangan untuk mengembalikan kegemilangan MUFC selain pastikan pasukan itu berada di tahap terbaik serta perbaiki kelemahan yang ada.

“Menerusi perjanjian ini, kami memiliki 70 peratus saham MUFC manakala selebihnya adalah membabitkan Persatuan Bolasepak Melaka(MUSA),” katanya, ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Melaka United Football Club Sdn. Bhd. dan KenTeam Sdn. Bhd.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Mohd Saiful Md Sapri memaklumkan bahawa pihaknya memberi jaminan tidak akan ada lagi masalah membabitkan tunggakan gaji terutama selepas pengambilalihan pasukan oleh Syarikat KenTeam Sdn Bhd.

Jelasnya, MUFC cukup cemerlang pada musim ini apabila membayar gaji pemain seperti yang ditetapkan dan situasi itu akan berterusan sehingga penghujung musim.

“Kita akan mengadakan perbincangan bersama Justin untuk melihat struktur kewangan MUFC sepanjang musim ini.

“Setakat ini, MUFC tidak pernah menghadapi masalah tunggakan gaji pada musim 2021, semuanya kita bayar mengikut masa ditetapkan sekali gus pemain atau pihak tertentu tidak boleh kata kita gagal berbuat demikian,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya