McGregor nak beli Manchester United - Utusan Malaysia

McGregor nak beli Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang Ultimate Fighting Championship (UFC), Conor McGregor menyatakan hasrat untuk membeli Manchester United selepas peletakan jawatan mengejut Ed Woodward sebagai naib pengerusi eksekutif kelab tersebut.

Situasi itu juga menyaksikan, harga saham Red Devils jatuh teruk di sebalik isu berkaitan Liga Super Eropah (EPL) terus diperkatakan.

Pembabitan 16 tahun Woodward bersama United tamat, kelmarin selepas dikritik berikutan pengumuman penganjuran ESL Ahad lalu.

SunSport difahamkan beliau meletak jawatan di kelab berkenaan sebelum Manchester City, Chelsea dan Arsenal menarik diri susulan protes di luar Stamford Bridge.

Dipercayai Woodward mungkin meletak jawatan kerana prinsipnya, menjadikan dia antara watak utama yang menunjukkan pendirian tersendiri.

Ada juga laporan mengatakan keluarga Glazers, yang memiliki United, akan turut mengikut jejak Woodward.

McGregor menerusi akaun Twitter miliknya bertanya kepada penyokongnya sama ada dia boleh mengambil alih Red Devils.

“Hai semua, saya memikirkan untuk membeli Manchester United! Apa yang anda fikirkan?,” tulis bintang Ireland itu.

Ciapan McGregor hadir selepas Sky Sports mendedahkan bahawa harga saham United jatuh secara drastik.

Forbes menganggarkan nilai Manchester United ketika ini adalah 4.2 bilion dolar (RM 17.3 bilion). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya