Mampukah Chelsea jinakkan Real? - Utusan Malaysia

Mampukah Chelsea jinakkan Real?

PEMAIN Real Madrid menjalani latihan akhir semalam dalam persiapan menghadapi Chelsea.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Thomas Tuchel mencabar skuad muda Chelsea me­nyaingi pasukan yang sarat de­ngan pengalaman, Real Madrid apabila berdepan juara 13 kali itu dalam separuh akhir pertama Liga Juara-Juara esok.

Chelsea bukan saja tidak pernah mara ke peringkat empat terbaik sejak 2014, malah mempertaruhkan ramai pemain muda sama ada yang baru dibawa ma­suk atau dinaikkan dari akademi.
Pencapaian mereka dengan Real ibarat ‘langit dan bumi’.

Skuad Los Blancos pernah bergelar juara Eropah tiga kali di bawah bimbingan Zinedine Zidane, sedangkan Chelsea akan dibimbing jurulatih baharu, Thomas Tuchel yang gagal membawa Paris Saint-Germain (PSG) muncul juara musim lalu.

“Zidane memiliki rekod hebat dalam Liga Juara-Juara. Dia pernah membawa Real Madrid muncul juara tiga kali berturut-turut, sesuatu yang mustahil untuk dilakukan pasukan lain.

“Kami akan berdepan pasukan paling berpengalaman dalam pertan­dingan ini, namun saya percaya, pemain kami datang dengan keyakinan diri bahawa mereka mampu melakar kejutan.

“Kami kini berada pada fasa kritikal dalam Piala FA, Liga Perdana dan Liga Juara-Juara. Semua itu mematangkan pemain kami, menjadikan mereka lebih bijak dan bagus. Pengalaman yang dikutip mampu mencabar Real,” kata Tuchel.

Ketiadaan bekas bintang te­ngah Real, Mateo Kovacic akibat kecederaan hamstring perkara paling membimbangkan Chelsea menjelang kunjungan ke Madrid.

Begitupun, bintang muda Jerman, Kai Havertz sudah tidak sabar untuk mengetuai serangan Blues dan berdepan Real pada separuh akhir kejohanan Eropah adalah detik yang dinantikan ­sejak 12 bulan lalu.

Timo Werner, Mason Mount, Hakim Ziyech dan Christian Pulisic juga tidak sabar untuk diturunkan di Valdebebas kerana bagi kesemua pemain ini, antara sebab utama mereka menyertai Blues adalah beraksi di pentas Eropah, jadi inilah masa yang amat dinantikan.

THOMAS Tuchel menyaksikan latihan Chelsea menjelang pertemuan dengan Real Madrid.

HAZARD BERTEMU KELAB LAMA
Sementara itu, Eden Hazard bakal berdepan kelab yang ditinggalkan dua tahun lalu buat kali pertama, namun dia mungkin hanya diturunkan sebagai pemain gantian Los Blancos.

Karim Benzema sebaliknya terus senjata sera­ngan Real bersama Vinicius Junior, manakala Casemiro, Toni Kroos dan Luka Modric menjadi watak penting bahagian tengah.

“Chelsea dan penyokong mereka mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya dan saya sentiasa mengharapkan kami akan bertemu di pentas Eropah,” kata Hazard.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya