Liga Super boleh menang di mahkamah - Utusan Malaysia

Liga Super boleh menang di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liga Super Eropah (ESL) mempunyai peluang cerah untuk memenangi sebarang pertarungan ‘di mahkamah’ jika badan bola sepak Eropah, UEFA berusaha menyekat rancangan penubuhan pertandingan itu, kata pakar undang-undang.

‘Pertarungan undang-undang’ antara badan sukan dan penganjur pertandingan telah beberapa kali berlaku sebelum ini, dan keputusan mahkamah biasanya berakhir dengan kelebihan diberikan kepada penganjuran lebih banyak pertandingan baharu seperti yang berlaku dalam gusti dan luncur ais.

Bagaimanapun pengelola Liga Perdana Inggeris dan UEFA bertekad untuk menggunakan peraturan mereka bagi menyingkirkan kelab yang bersedia mengambil risiko untuk menyertai kejohanan baharu itu.

UEFA mengatakan mana-mana kelab yang mengambil bahagian akan dilarang daripada pertandingan domestik dan Eropah, manakala pemain, yang mengambil bahagian tidak akan dibenarkan mewakili negara mereka.

Itu bermakna, ‘Big Six’ Liga Perdana, Manchester United, Manchester City, Liverpool, Tottenham, Chelsea dan Arsenal yang menyatakan sokongan terhadap Liga Super Eropah mungkin disingkirkan daripada liga utama.

Liga Super bagaimanapun sudah memulakan tindakan undang-undang ‘di mahkamah yang relevan’ untuk menangkis sebarang halangan daripada UEFA dan meneruskan rancangan radikal mereka.

Pakar undang-undang pertandingan sukan, Mark Orth dari MEOlaw yang berpangkalan di Munich memberitahu Sportsmail dia percaya ‘pemberontak’ akan meraih kejayaan jika mereka membawa kes ini ke mahkamah berdasarkan undang-undang dan contoh kes terdahulu.

BERSEDIAKAH peminat Liga Perdana Inggeris kehilangan Manchester United?

“Saya berpendapat mereka mempunyai kes yang kuat,” kata Orth, yang pernah memberi nasihat kepada beberapa kelab bola sepak mengenai undang-undang pertandingan.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan fakta dua mahkamah di Eropah pernah membuat keputusan menolak badan sukan lain daripada menghalang penganjuran pertandingan baharu.

Suruhanjaya Eropah sebelum ini memutuskan Kesatuan Luncur Antarabangsa tidak boleh menghalang peluncur laju daripada menyertai kejohanan baharu yang lebih lumayan. Keputusan itu disokong dalam perbicaraan di mahkamah tertinggi kedua Eropah, Mahkamah Umum di Luxembourg, pada Disember.

Pada Januari lalu, mahkamah Jerman menjadikan luncur laju sebagai contoh kes apabila badan gusti nasional dan antarabangsa cuba menghalang atlet mereka daripada menyertai pertandingan baharu.

Kata Orth, beberapa kes sama turut berlaku di Sweden dan Itali, namun beliau hanya memberi sedikit contoh.

Katanya, jika UEFA mahu membawa kes ini muka pengadilan, Mahkamah Tinggi di London dan Itali mungkin menjadi pilihan.

Biarpun United Kingdom (UK) kini di luar Kesatuan Eropah, namun undang-undang yang diamalkan masih tidak berubah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya