Leeds malukan Manchester City - Utusan Malaysia

Leeds malukan Manchester City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Leeds United memalukan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City 2-1 biarpun beraksi dengan 10 pemain pada babak kedua di Etihad, sebentar tadi.

Ia juga kekalahan keempat buat anak-anak buah Pep Guardiola musim ini.

Stuart Dallas menyudahkan hantaran Patrick Bamford untuk gol pembukaan Leeds pada minit ke-42.

Bagaimanapun, sebelum wisel babak pertama ditiup, pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas kapten, Liam Cooper dilayangkan kad merah ekoran kekasaran terhadap Gabriel Jesus.

Cooper sebelum itu hanya menerima kad kuning namun diubah kepada merah oleh pengadil, Andre Marriner selepas melihat video bantuan pengadil (VAR) di tepi padang.

City terus mengasak untuk memburu gol penyamaan dan ia hadir 15 minit sebelum aksi tamat selepas Ferran Torres melambungkan bola melepasi jangkauan penjaga gol Leeds, Illan Meslier.

Begitupun Leeds kembali di depan selepas Dallas menyambut lorongan Ezgjan Alioski dan menyudahkan gol kemenangan di penghujung permainan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya