Kuching City raih hasil lumayan di Ipoh - Utusan Malaysia

Kuching City raih hasil lumayan di Ipoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kuching City mengutip hasil lumayan dalam kunjungan ke Ipoh apabila menumpaskan Perak II 2-0 lada saingan Liga Perdana di Stadium Perak di sini malam ini.

Dua jaringan pada babak kedua membolehkan anak buah Irfan Bakti Abu Salim meraih tiga mata, sekali gus menghuni tangga kelapan liga dengan mengumpul 10 mata.

Dalam perlawanan di sini, permainan berlangsung seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan yang beraksi berhati-hati.

Perak II menurunkan Shahrul Mohd. Saad dan Muhammad Firdaus Saiyadi dalam usaha membantu mempercepatkann pemulihan itu.

Kehadiran mereka mengimbangi permainan tuan rumah untuk memberi tentangan kepada anak buah Irfan Bakti.

Babak pertama berakhir tanpa jarinan setelah kedua-dua pasukan gagal menyudahkan peluang gol yang dicipta.

Bersambung separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan meningkatkan usaha untuk memecah kebuntuan jaringan.

Pelawat akhirnya berjaya memecah kebuntuan gol apabila Mohd. Alif Hassan menewas penjaga gol tuan rumah, Muhammad Farhan Abdul Majid melalui sepakan bebas dari jarak 25 meter pada minit ke-56.

Anak buah Syamsul Saad berusaha bangkit selepas itu tetapi mendapati benteng pelawat begitu kekal dan utuh.

Dalam keghairahan menyerang, pasukan tuan rumah membiarkan bahagian pertahanan bocor dan Joseph Kallang Tie menghukum mereka dengan gol kedua pasukannya pada masa kecederaan untuk mengubur peluang Perak FC II untuk bangkit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya