Kuching City kecewakan Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Kuching City kecewakan Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan gagal mengutip tiga mata penuh di laman sendiri apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Kuching City FC dalam aksi Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban hari ini.

Kedua-dua pasukan buntu untuk mencipta jaringan sehinggalah memasuki minit ke-75 apabila Kuching City dianugerahkan sepakan penalti.

Bagaimanapun, Bryan Jone Anicezio gagal menyempurnakan peluang terbaik itu apabila sepakannya berjaya ditepis penjaga gawang tuan rumah, Mohd. Muhaimin Mohamad.

Sehingga tamat perlawanan, kedua-dua pasukan terus terikat tanpa sebarang jaringan dan masing-masing membawa pulang satu mata.

Keputusan tersebut menyaksikan Negeri Sembilan kekal rekod tanpa kalah selain kekal menghuni tangga teratas Liga Perdana dengan 14 mata selepas mengharungi enam perlawanan.

Kedudukan kedua dihuni Sarawak United  yang berbeza satu mata namun memiliki kelebihan satu perlawanan.

Negeri Sembilan akan melayani kunjungan Kelantan United dalam aksi pada 9 April depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya