KRM, UPSI rancang bangunkan sukan ragbi - Utusan Malaysia

KRM, UPSI rancang bangunkan sukan ragbi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), kini Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) memperluaskan pula kerjasama mereka dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang bakal dikenali sebagai Mr. Academy@UPSI menerusi Memorandum Perjanjian (MoA) di antara mereka.

Akademi tersebut bakal menjadi pusat latihan dan pendidikan setempat dalam pembangunan atlet ragbi berprestasi tinggi dengan mengadakan kursus jangka pendek mengenai kejurulatihan, kepengadilan, teknikal, kepegawaian, perubatan, rehabilitasi untuk semua jurulatih.

Mr. Academy@UPSI akan dikelolakan oleh satu Jawatankuasa menerusi Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff sebagai Pengerusi selain tiga ahli masing-masing dari universiti terbabit termasuk KRM.

“UPSI dan KRM juga akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Teknologi Sukan UPSI/MR khusus bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan teknologi sukan terhadap atlet prestasi tinggi, serta berpotensi memberikan kelebihan kompetitif melalui pemerkasaan dan pemantapan teknologi sukan negara.

“Selain itu, UPSI dan KRM menyasarkan dua Kejohanan Ragbi Peringkat Kebangsaan dalam tempoh setahun dan dua kali penganjuran seminar dan kursus di bawah naungan akademi bagi memberi pendedahan serta pengalaman kepada kakitangan, pelajar dan atlet UPSI dalam menganjurkan program berskala besar,” kata KRM dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, perjanjian tersebut diadakan di Dewan Jauhar, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak (NCDRC) UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City dengan Md. Amin sebagai wakil universiti terbabit manakala KRM menerusi Presidennya, Datuk Shahrul Zaman Yahaya.

“Kerjasama ini, diharap dapat memberi manfaat dan melonjakkan nama UPSI dan KRM dalam penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa disamping dapat mengadakan hubungan jaringan strategik bersama pihak industri dan agensi kerajaan negeri termasuk PBT (pihak berkuasa tempatan) bagi merealisasikan perancangan menjadikan Tanjung Malim sebagai Bandar Belia Negara.

“Selain itu, ia juga diharap dapat memajukan sosio-ekonomi masyarakat dan industri di Tanjung Malim dengan penjanaan pendapatan menerusi penjanaan ekonomi sukan,” tambah kenyataan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya