Korea Utara tarik diri Sukan Olimpik - Utusan Malaysia

Korea Utara tarik diri Sukan Olimpik

KONTINJEN Korea Utara ketika menyertai perbarisan dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara tidak akan menyertai Sukan Olimpik Tokyo yang berlangsung 23 Julai hingga 8 Ogos ini ekoran kebimbangan terhadap pandemik Covid-19, kata Menteri Sukan Pyongyang hari ini.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Olimpik Korea Utara, negara itu mengambil keputusan tidak menyertai edisi ke-32 Olimpik ‘bagi melindungi atlet daripada krisis kesihatan umum dunia’ disebabkan Covid-19.

Kali terakhir Korea Utara terlibat dalam temasya sukan utama dunia adalah pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan yang menjadi titik perubahan dalam pendekatan diplomatik pada 2018.

Adik kepada pemimpin mereka, Kim Jong Un, Kim Yo Jong menghadiri temasya sebagai wakil negara itu dalam acara yang meraih publisiti meluas.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in turut mengambil kesempatan mengadakan perbincangan dengan Pyongyang dan Washington yang membawa kepada beberapa siri perbincangan penting antara Jong Un dan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Donald Trump.

Pengumuman dibuat Pyongyang hari ini menamatkan usaha Seoul menggunakan temasya di Tokyo bagi menghidupkan kembali perbincangan yang buntu sebelum ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya