Kelantan pilih ‘spaghetti’ atau ‘sushi’ - Utusan Malaysia

Kelantan pilih ‘spaghetti’ atau ‘sushi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pertembungan dua pasukan dari Kelantan yang menampilkan DNA berbeza, Kelantan FC dan Kelantan United paling mencuri tumpuan peminat bola sepak Liga Perdana petang ini.

Jika Kelantan FC menggunakan sentuhan Itali menerusi jurulatih kelahiran San Marino, Marco Ragini, United pula dibimbing pengendali muda dari Jepun, Akira Higashiyama, 32.

Bahang perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV itu menjadi bualan hangat peminat Kelantan dalam media sosial.

Difahamkan pertembungan adik-beradik itu bakal ‘pecah panggung’ apabila pas untuk menonton perlawanan tersebut sedang laris seperti pisang goreng panas.

Turun selaku pelawat, Kelantan FC pastinya mahu melakar kemenangan selepas tumpas 0-1 kepada Sarawak United dalam aksi terakhir liga, Sabtu lalu.

“Dalam setiap sesi latihan, kami sentiasa berlatih untuk memenangi perlawanan. Saya tahu perlawanan ini sangat istimewa di Kelantan,” kata Ragini.

Bagi Higashiyama, mereka juga turun dengan misi melakar kemenangan bagi memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga.

“Kita cari kemenangan kerana ia sangat penting dan Sang Kijang Hijau tidak memandang rendah kepada Kelantan FC.

“Malah kita menghormati mereka sebagai pasukan yang lebih senior. Kita sudah bersiap sedia untuk perlawanan itu nanti,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya