Kelantan FC lakar kemenangan sulung di Kota Bharu - Utusan Malaysia

Kelantan FC lakar kemenangan sulung di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC melakar kemenangan sulung ditempat sendiri apabila menumpaskan Kuching City FC 1-0 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Tiga kemenangan yang dilakar oleh skuad bimbingan Marko Ragini itu sebelum ini dilakukan ditempat lawan.

Pada perlawanan itu, tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-45 untuk mendapatkan jaringan menerusi Natanael Siringo selepas menanduk masuk bola lambungan Dzulfahmi Abdul Hadi.

Jaringan itu hasil kealpaan barisan pertahanan pelawat yang gagal mengawal kelihat pantas Siringo.

Gol tersebut menjadi ‘tonik’ berguna buat tuan rumah menuju ke bilik persalinan sebelum babak kedua bersambung.

Terdahulu, Kelantan lebih banyak menguasai perlawanan namun dihampakan oleh ketumpulan penyudah.

Peluang terbaik, Kuching City FC mendapatkan jaringan hadir pada minit ke-28 menerusi Mohamad Alif Hassan, bagaimanapun rembatannya dari luar kotak penalti tersasar.

Bersambung babak kedua, pelawat yang lebih banyak mendominasi perlawanan terlepas peluang terbaik menyamakan kedudukan apabila rembatan kencang dari sebelah kiri terus kedakapan penjaga gawang TRW Nik Mohd Amin Ahmad pada minit ke-53.

TRW yang ‘dipaksa’ bertahan pada babak kedua perlu berterima kasih kepada barisan pertahanan yang kental menyerap asakan pelawat termasuklah penjaga gawang Nik Mohd. Amin.

Nik Mohd. Amin menjadi wira Kelantan FC apabila menepis rembatan kencang pemain pelawat pada minit ke-84 dan 89.

Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan tiga mata menjadi milik TRW.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya