Kedah tambah derita Tok Gajah - Utusan Malaysia

Kedah tambah derita Tok Gajah

PEMAIN Kedah meraikan kejayaan menumpaskan Sri Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Bertukar jurulatih bagaimanapun tidak banyak merubah nasib Sri Pahang yang mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas tumpas 1-3 kepada Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini.

Lebih malang, Tok Gajah terpaksa mengharungi sebahagian besar perlawanan dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan, Herold Goloun dilayangkan kad merah hanya 16 minit selepas saingan bermula.

Kekalahan keempat musim ini menyebabkan skuad bimbingan Dollah Salleh itu kekal menghuni tangga kedua tercorot selepas enam perlawanan, tiga mata di atas UiTM FC yang berkedudukan terbawah liga.

Kedah sebaliknya melonjak ke tangga kedua dengan 13 mata, hanya satu mata di belakang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) hasil kemenangan keempat musim ini.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi menarik di awal permainan dengan saling mengatur serangan bagi memburu gol awal.

LEE Tuck tidak mampu menahan kecewa gagal menyempurnakan sepakan penalti. 

Bagaimanapun, layangan kad merah terhadap Goloun ekoranmenarik Tchetche Kipre di hadapan kotak penalti merencatkan permainan Pahang.

Gol pertama tuan rumah dijaringkan oleh ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar hasil sepakan kencang dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran kemas pemain import, Tchetche Kipre pada minit ke-36.

Sri Pahang yang beraksi seramai 10 pemain tetap bersemangat untuk memburu gol penyamaan dengan mengatur beberapa gerakan merbahaya di kubu lawan.

Pada minit ke-41, Sri Pahang berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Muhamad Nur Izzat Che Awang selepas menerima hantaran Muhamad Nor Azam Abdul Azih.

Kedah berjaya menambah jaringan seminit selepas perlawanan separuh masa kedua bermula menerusi sepakan penalti, Kpah Sherman selepas dia dijatuhkan oleh pertahanan lawan dalam kotak penalti.

Baddrol yang beraksi cemerlang pada perlawanan itu sekali lagi menjaring gol ketiga selepas melakukan tandukan yang gagal ditangkap kemas penjaga gol, Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin pada mimit ke-71.

Pada minit ke-89, Sri Pahang selepas peluang untuk merapatkan jaringan selepas, Lee Tuck gagal melakukan sepakan kemas penalti selepas dia dikasari dalam kotak penalti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya