Kedah ibarat ‘cencaru makan petang’ - Utusan Malaysia

Kedah ibarat ‘cencaru makan petang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibarat ‘cencaru makan petang’.

Itu kelebihan dimiliki Kedah yang membimbangkan penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menjelang pertemuan dua ‘gergasi utara’ dalam aksi Liga Super di Ipoh, malam ini.

Kualiti serangan Kedah mampu membuatkan lawan menangis pada saat akhir, dan buktinya mereka pernah mengecewakan Selangor 2-1 hasil jaringan dalam tempoh 10 minit terakhir Kpah Sherman serta Tchetche Kipre, 6 April lalu.

Anak-anak buah Aidil Sharin Sahak juga mengikat Penang FC,1-1 menerusi gol penyamaan yang dihasilkan Sherman pada minit ke-86, 12 Mac lalu dan mengalahkan Petaling Jaya City 3-1, 17 Mac lalu selepas meledak gol, empat minit sebelum tamat permainan.

Katanya, selain Kpah dan Tchetche, Fayadh Zulkifli serta Azamuddin Akil yang sering dibawa masuk sebagai pemain gantian juga mampu menjadi ‘senjata saat akhir’, terutama dalam tempoh 15 minit terakhir.

“Kami kena berwaspada dengan kualiti Kedah yang sentiasa boleh menjaringkan gol pada bila-bila masa, terutama di minit terakhir permainan.

“Mereka pasti datang dengan permainan menyerang kerana mahu mengejar kedudukan teratas dan merebut kejuaraan. Kami kena perbaiki kesilapan lepas jika mahu meraih tiga mata,” katanya.

Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy

LANG MERAH PERTARUH PEMAIN MUDA

Jika Perak melihat Kedah sebagai pasukan yang amat berbahaya, Aidil ebaliknya resah apabila bertandang ke Ipoh kerana hilang enam tonggak.

Kata Aidil, jika sebelum ini empat pemain senior tidak dapat diturunkan akibat kecederaan, jumlah itu meningkat kepada enam selepas dua lagi dilayangkan kad merah ketika berdepan Terengganu.

Renan Alves, Muhammad Syazwan Tajudin, Mohd. Syazwan Zainon dan Rizal Mohd. Ghazali mengalami kecederaan, manakala Rodney Celvin dan Fadzrul Daniel digantung perlawanan selepas menerima kad merah minggu lalu.

“Ini peluang terbaik buat pemain muda membuktikan kemampuan. Saya harap mereka memanfaatkan kesempatan ini dengan bijak,” kata Aidil.

Selepas mengharungi lapan perlawanan, Kedah menghuni tangga kedua Liga Super dengan 16 mata, manakala Perak berkedudukan kelapan menerusi lapan mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya