Kecewa dalam gembira - Ragini - Utusan Malaysia

Kecewa dalam gembira – Ragini

KELANTAN FC (jersi merah) gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas tewas tipis 0-1 kepada Sarawak United dalam aksi Liga Perdana. - IHSAN KELANTAN FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan FC, Marco Ragini menyifatkan kekalahan tipis 0-1 di tangan Sarawak United pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin sebagai ‘kecewa dalam gembira’.

Ragini berkata, walaupun kekalahan itu amat pedih untuk ‘ditelan’ namun beliau gembira dengan aksi pemain-pemain The Red Warriors (TRW).

Menurutnya, pasukannya sentiasa menunjukkan peningkatan dalam setiap perlawanan.

“Saya optimis, jika pemain meneruskan rentak ini, tidak mustahil kami akan menjadi antara pasukan terkuat dalam saingan ini,” katanya.

Jaringan tunggal jarak jauh Lee Chang Hoon pada babak pertama sudah memadai buat Sarawak United untuk membawa pulang tiga mata penting.

Ragini berterima kasih kepada pemain kerana memberikan aksi cemerlang dalam perlawanan itu meskipun gagal meraih sebarang mata.

“Saya harap pemain terus kekal fokus untuk perlawanan berikutnya bagi memastikan sasaran pasukan mampu dicapai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya