'Jerman amat memalukan' - Utusan Malaysia

‘Jerman amat memalukan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUISBURG, Jerman: Persembahan Jerman amat ‘memalukan’ selepas tumpas 1-2 kepada Macedonia Utara di laman sendiri pagi tadi, iaitu kekalahan pertama mereka dalam tempoh 20 tahun pada kelayakan Piala Dunia.

“Ia amat mengecewakan. Sesuatu yang memalukan. Banyak kesilapan dan kami tidak jumpa cara memecahkan pertahanan Macedonia Utara.

“Kami juga membenarkan lawan melakukan serangan balas pantas dan tidak mengawal perlawanan,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.

Jaringan pemain tengah Napoli, Eljif Elmas lima minit sebelum tamat permainan menjadi pemusnah Jerman.

Terdahulu, tuan rumah dikejutkan dengan pembukaan pemain berusia 37 tahun, Goran Pandev di awal permainan, sebelum Ilkay Gundogan menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

‘Amat memalukan!’ tajuk utama akhbar harian Jerman, Bild dalam laman web mereka.

‘Kejutan yang teruk’ tulis akhbar bola sepak Kicker, manakala akhbar berpangkalan di Frankfurt, FAZ mengeluarkan tajuk ‘Kejutan kasar buat pasukan Jerman.’

Juara empat kali itu tidak pernah gagal layak ke Piala Dunia, namun tidak beraksi pada edisi sulung 1930 dan diharamkan pada 1950.

Skuad kendalian Loew kini berada di tempat ketiga Kumpulan J, tiga mata di belakang pendahulu, Armenia dan di belakang Macedonia Utara berdasarkan perbezaan gol.

“Perkara ini sepatutnya tidak boleh dibenarkan berlaku.

“Saya rasa Macedonia Utara hanya dua kali mendekati gol kami dan menjaringkan dua gol. Ia terlalu mudah,” kata kapten, Gundogan.

Ini kekalahan pertama Jerman dalam kelayakan Piala Dunia sejak dibelasah England 5-1 pada 2001. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya