JDT tak rela kalah lagi - Utusan Malaysia

JDT tak rela kalah lagi

PASUKAN JDT tiba di Kuala Lumpur semalam menjelang pertemuan dengan KL City dalam aksi Liga Super malam ini. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) enggan pisang berbuah dua kali apabila berdepan Kuala Lumpur (KL) City dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam ini.

Pengendalinya, Benjamin Mora berkata, skuad Harimau Selatan perlu bangkit selepas tewas mengejut 0-1 kepada skuad Terengganu FC di depan penyokong sendiri, Sabtu lalu.

“Kami perlu bangkit daripada kekalahan itu agar ia tidak berterusan menghantui kami. Pastinya JDT akan tampil berbeza dengan meningkatkan kualiti permainan serta semangat juang di atas padang.

“Sudah tentu kami akan meneliti perlawanan terdahulu menentang Terengganu FC bagi mengkaji kelemahan serta kesilapan pasukan hingga tewas selain mencari jalan bagi memperbaiki kelemahan tersebut.

“Saya berharap keputusan tewas pertama kali sejak 2019 itu menjadi ‘wake up call’ buat pasukan lebih bermotivasi menjadi pasukan yang lebih baik,” katanya.

Pengendali kelahiran Mexico itu berkata, pertemuan menentang skuad The City Boys bukanlah satu tugas yang mudah kerana pengendalinya, Bojan Hodak tahu rahsia skuad Harimau Selatan kerana pernah membimbing pasukan berkenaan.

Katanya, KL City adalah pasukan yang lebih baik berbanding tahun kebelakangan ini malah berkemampuan menjadi ‘giant killer’.

“Sudah tentu JDT ingin kembali ke laluan kemenangan namun ia bukanlah perlawanan yang mudah. Tambahan Bojan cukup mengenali pasukan JDT.

“Apa-apa pun, kita bersedia melakukan apa sahaja termasuk menukar taktikal dan corak permainan untuk membawa pulang tiga mata,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya