Jangan pandang Pahang sebelah mata - Utusan Malaysia

Jangan pandang Pahang sebelah mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak tidak mahu pemainnya mengambil mudah perlawanan menentang Sri Pahang dalam aksi Liga Super malam ini hanya kerana lawan mereka kini berada di tangga kedua tercorot dan bergelut dengan prestasi.

Menurut Aidil, ketika saingan masih berada di awal musim, kedudukan dalam liga tidak membawa apa-apa makna dengan anak-anak buahnya perlu sentiasa menghormati kekuatan pasukan lawan.

“Buat masa sekarang, kami tidak melihat kepada kedudukan siapa di atas dan siapa di bawah. Sebabnya bagi saya, kedudukan ketika ini tidak membawa apa-apa makna dan hanya kekal setelah musim berakhir nanti.

“Setiap pasukan yang ada dalam liga ini sememangnya bahaya dan tidak boleh diambil mudah kerana dalam bola sepak, segalanya akan ditentukan dalam tempoh 90 minit.

“Jadi siapa yang berusaha kuat, akan mendapat hasilnya selepas itu,” katanya semalam.

AIDIL SHARIN SAHAK

Ketika ini, Kedah berada di tangga ketiga liga dengan 10 mata, manakala Sri Pahang di kedudukan kedua terakhir apabila sekadar mengutip empat mata dari lima perlawanan.

Sementara itu, Aidil berkata, hasrat peminat untuk melihat tonggak pertahanan dari Brazil, Renan Alves beraksi dalam perlawanan menentang Sri Pahang masih belum dapat dipastikan.

RENAN ALVES

“Kita akan lihat keadaannya nanti. Kalau doktor kata ‘okay’, insya-Allah di akan bermain tetapi jika sebaliknya, maka kita perlu hormati keadaan itu dan membantunya untuk kembali lebih kuat dalam perlawanan-perlawanan selepas ini.

“Kalau dia sihat sembuh sepenuhnya pun, jangan lupa sudah dua bulan dia tidak beraksi sebelum ini. Sudah tentu keadaan itu memberi kesan kepada aspek kecergasannnya dan mungkin agak sukar untuk dia menampilkan aksi pada tahap terbaik dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Mengulas persaingan untuk mendapatkan tempat di benteng terakhir antara Mohd. Shahril Saari sebelum ini beraksi cemerlang dan Ifwat Akmal Chek Kassim yang sudah pulih daripada kecederaan, Aidil berkata, perkara itu sesuatu yang baik untuk pasukan di mana kedua-duanya menampakkan saingan sihat untuk diturunkan.

“Kita tahu Ifwat pemain yang bagus tetapi dia tercedera dalam perlawanan pertama menentang JDT manakala Mohd Shahril Saari pula apabila diberi tanggungjawab menggantikan Ifwat, jelas menampilkan aksi terbaik.

“Saya Secara peribadi menganggap tiada kesebelasan utama dalam pasukan ini. Siapa yang beraksi baik dan memberikan 100 peratus, akan diturunkan dalam perlawanan-perlawanan seterusnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya