Insiden Son panaskan keadaan - Utusan Malaysia

Insiden Son panaskan keadaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menumpaskan Tottenham 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam tadi.

Bagaimanapun, Red Devils tidak gembira dengan insiden babak pertama yang menyaksikan jaringan mereka dibatalkan pengadil.

United mendahului 1-0 menerusi Edinson Cavani pada minit ke-33, namun selepas melihat video bantuan pengadil (VAR), pengadil, Chris Kavanagh membatalkan gol tersebut kerana Son Heung-min telah dikasari ketika jaringan dihasilkan.

Heung-min terjatuh sebelum Cavani meledak gol selepas tangan Scott McTominay secara tidak sengaja terkena muka pemain Korea Selatan itu.

Biarpun dengan sentuhan minimum, Heung-min terbaring beberapa minit di atas padang, situasi yang membuatkan pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer berang.

EDINSON Cavani akhirnya meledak gol buat Manchester United pada babak kedua.

“Perlawanan telah rosak, sama sekali rosak.

“Kalau ia jelas kesilapan, maka ia kesilapan yang perlu diberi perhatian. Ia gol yang sempurna tetapi sekali lagi, kami tidak sepatutnya ‘ditipu’.

“Kalau anak saya terbaring seperti ini selama tiga minit dan dikelilingi oleh 10 rakan sepasukannya dan memerlukan bantuan 10 rakannya untuk bangun, dia tidak akan dapat apa-apa makanan,” kata Solskjaer.

Pengurus Tottenham, Jose Mourinho bagaimanalun tidak gembira mendengar komen Solskjaer.

“Saya sangat, sangat terkejut mendengar komen yang dibuat oleh Ole tentang Sonny.

“Saya sudah beritahu Ole tentang perkara ini kerana saya bertemu dengannya beberapa minit lalu.

“Kalau saya yang beritahu..pemain A B atau C dari kelab lain, kalau dia adalah anak saya dan saya tidak akan bagi dia makan malam hari ini, apakah reaksi dia? Ia sangat menyedihkan.

“Saya hanya mahu beritahu, Sonny amat bertuah kerana bapanya seorang yang lebih baik berbanding Ole. Saya juga seorang bapa dan sebagai bapa kamu kena sentiasa menyediakan makanan untuk anak kamu.

“Tidak kira apa yang mereka lakukan, anda tetap kena beri makan. Kalau anda terpaksa mencuri untuk bagi anak anda makan, maka anda kena mencuri,” katanya.

FRED meraikan jaringannya ketika membantu Manchester United menewaskan Tottenham.

Dalam aksi di Stadium Tottenham Hotspurs itu, Heung-min membuka jaringan Spurs pada minit ke-40.

Bagaimanapun, United membalas dengan tiga gol babak kedua menerusi Fred, Cavani dan Mason Greenwood untuk mengukuhkan kedudukan tangga kedua.

Peluang Tottenham untuk mencabar kelompok empat terbaik kian terancam dengan menduduki tempat ketujuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya