Hukuman berat untuk pemain sentuh pengadil - Utusan Malaysia

Hukuman berat untuk pemain sentuh pengadil

TINDAKAN Fadzrul Danel Mohd. Nizam menolak pengadil, Noor Azriel Baharudin ketika menentang Terengganu 9 April lalu menyebabkan dia dibuang padang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mungkin sudah tiba masa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenakan tindakan lebih tegas ke atas pemain yang melakukan kekasaran atau
sentuhan terhadap pengadil selepas hukuman yang dikenakan dalam kes sebelum ini langsung tidak ‘menggerunkan’ mereka.

Kelmarin, pemain tengah Kedah, Fadzrul Danel Mohd. Nizam dilayangkan kad merah ketika pasukannya tewas 1-2 kepada Terengganu FC dalam aksi Liga Super selepas menolak pengadil perlawanan, Noor Azriel Baharudin, empat minit memasuki waktu kecederaan.

Lebih malang, dua pemain Lang Merah menerima kad kuning dalam tempoh dua minit selepas pertahanan mereka, Rodney Celvin turut dibuang padang kerana mengasari pemain lawan setelah gagal dalam perebutan bola.

Musim ini, tiga kes melibatkan kekasaran terhadap pengadil dilakukan pemain dalam Liga Malaysia (Liga M), dua daripadanya terlepas hukuman dan satu dikenakan tindakan yang agak ‘ringan’.

Penyerang Kelantan FC, Jack Hindle hanya diberi amaran selepas menolak pengadil hingga jatuh dalam aksi Liga Perdana
menentang Perak II pada 6 Mac.

Amaran turut dikeluarkan kepada pemain Melaka United yang membaling bola ke arah pengadil pada saingan Liga Super bertemu Petaling Jaya City (PJ City), 10 Mac lalu.

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa digantung dua perlawanan dan didenda RM10,000 kerana menyentuh dada pengadil dalam perlawanan tegang Liga Super menentang Perak pada 21 Mac.

Begitupun, Natxo hanya menjalani satu penggantungan, manakala satu lagi ‘ditangguhkan’ bergantung kepada kelakuan baik pemain.

Tindakan menyentuh pengadil dianggap kesalahan besar buat badan bola sepak Asia, AFC.

FARIZAL MARLIAS

Penjaga gol JDT, Farizal Marlias pernah digantung 12 bulan dan didenda AS$40,000 (RM171,000) kerana menolak pengadil dari China, Fu Ming dalam aksi Piala AFC menentang kelab Filipina, Ceres Negros FC pada 31 Mei 2017.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya