Harimau Malaya bertambah yakin lepas kena 'cucuk' - Utusan Malaysia

Harimau Malaya bertambah yakin lepas kena ‘cucuk’

HAMIDIN Mohd. Amin menerima suntikan vaksin untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menyifatkan Harimau Malaya kini semakin berkeyakinan untuk bertandang ke Dubai bagi aksi persabahatan dan kelayakan selepas menerima suntikan vaksin pada program imunisasi Covid-19 kebangsaan, sebentar tadi.

Hamidin, menjadi penerima suntikan pertama dalam kontinjen bola sepak negara itu, diikuti jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe dan kapten Aidil Zafuan Abd. Radzak dalam program yang berlangsung di Dewan Seri Seroja, Jalan Diplomatik 2/2, Diplomatik Presint, di sini.

Harimau Malaya akan berlepas ke Dubai pada pertengahan bulan depan bagi menghadapi dua siri perlawanan persahabatan sebelum mengharungi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Terima kasih kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dan mungkin kami akan mengambil dos kedua pada 10 Mei ini sebelum berlepas ke (Dubai) pada 20 Mei.

“Terima kasih juga kepada Kementerian Belia dan Sukan menerusi Menterinya, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba kerana membantu Harimau Malaya untuk menerima vaksin awal sebelum ke sana bagi aksi persahabatan dan kelayakan.

“Harap semua baik selepas dapat suntikan dan kita sama-sama berdoa agar pemain dan pegawai mendapat manfaat vaksin ini,” katanya selepas selesai menerima dos pertama.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata, kira-kira 50 daripada 78 pemain dan pegawai Harimau Malaya hadir ke program tersebut, dengan bakinya akan disuntik pada Khamis ini.

“Ada beberapa pemain yang tidak sempat untuk mengambil vaksin hari ini, tetapi mereka dijangka akan hadir di sini pada Khamis nanti.

“Saya fikir, vaksin ini melampaui bola sepak. Semua perlu dapatkan vaksin. Sudah tentu kami akan lebih yakin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya