Harap tiada ‘pilih kasih’ terhadap Fadzrul Danel - Utusan Malaysia

Harap tiada ‘pilih kasih’ terhadap Fadzrul Danel

FADZRUL Danel Nizam menjalani latihan bersama Kedah menjelang aksi menentang Kuala Lumpur City esok. – IHSAN KEDAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedah akan menjadikan dua keputusan terakhir melibatkan bintang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa dan pe­nyerang Kelantan FC, Jack Hindle sebagai rujukan apabila membentangkan pembelaan terhadap Fadzrul Danel Nizam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kamal Idris Ali berkata, pihaknya akan menjawab notis pertuduhan yang dikemukakan Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) terhadap pemain tengah berusia 23 tahun itu secepat mungkin.

Kelmarin, FAM meminta Fadzrul membela diri atas pertuduhan mengasari pe­ngadil, Noor Azriel Baharudin dalam perlawanan Liga Super menentang Terengganu di Stadium Darul Aman, 9 April lalu yang turut menyebabkan dia dibuang padang.

Dalam dua kes yang diken­dalikan Jawatankuasa Tatatertib FAM sebelum ini, Hindle hanya diberi amaran keras atas tindakannya menolak pengadil sehingga jatuh pada aksi Liga Perdana menentang Perak II, 10 Mac lalu.

Natxo pula digantung dua perlawanan dan denda RM10,000 kerana menyentuh dada Noor Azriel dalam perlawanan Liga Super menentang Perak di Ipoh pada 21 Mac lalu.

Dia bagaimanapun hanya menjalani satu penggantungan dan satu lagi ditangguh bergantung kepada kelakuan baik.

“Kita akan membalas notis itu secepat mungkin kepada FAM.

“Dengan mengambil kira usianya masih muda, kita harap hukuman akan dikenakan tidak terlalu berat dan melibatkan penggantungan perlawanan yang banyak.

“Cukuplah hukuman yang mampu memberi pengajaran kepada Fadzrul untuk masa akan datang.

“Sudah tentu hukuman yang dikenakan FAM sebelum ini kepada pemain yang turut melakukan tindakan sama kepada pengadil akan dijadikan rujukan,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd. Salleh sebelum ini berkata, beberapa hukuman yang dibuat Jawatankuasa Tatatertib berhubung ­kesalahan mengasari pengadil tidak jelas.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan keputusan tidak konsisten itu akan mendorong insiden sama berulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya