'FAM tolong buat keputusan konsisten' - Utusan Malaysia

‘FAM tolong buat keputusan konsisten’

SUBKHIDDIN MOHD. SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika ini banyak ‘mata’ tertumpu kepada hukuman yang bakal menanti bintang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa sama ada dihukum atau sebaliknya ekoran kekasaran yang dilakukan terhadap pe­ngadil yang akan dibincangkan Jawatankuasa Tatatertib Persa­tuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.

Rata-rata pemerhati bola sepak menjangkakan Natxo hanya akan menerima amaran keras sama se­perti dikenakan ke atas Jack Hindle dari Kelantan FC dan Alex Dos Santos Goncalves (Melaka United) kerana ia kes sama iaitu tindakan ganas menolak pengadil.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd. Salleh (gambar) menegaskan jika seseorang pemain menyentuh pegawai perlawanan secara fizikal bagi menzahirkan rasa tidak puas hati bermakna ia satu kesalahan besar.

Jelasnya, dalam perbincangan dengan pengadil-pengadil luar negara, semuanya sebulat suara bersetuju apa yang dilakukan Hindle adalah kesalahan besar yang patut dilayangkan kad merah serta merta.

“Berkaitan dengan ini banyak kecaman, pandangan dan tafsiran yang cuba diketengahkan daripada pelbagai pihak, cuma dari sudut teknikal apa dilakukan itu adalah kad merah dan perlu digantung dua perlawanan atau lebih kerana pemain itu telah melakukan keganasan kepada pengadil perlawanan.

“Tetapi dari sudut lain terpulanglah. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya tetapi apa saya sampaikan adalah dari sudut teknikal.

“Jika hukuman yang dijatuhkan kepada Beto (Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri) yang mela­kukan simulasi, digantung dua perlawanan dan rujukan berdasarkan video kenapa perkara sama tidak diambil kira dalam kes ini. Harap pihak berkenaan (FAM) lebih konsisten dalam membuat keputusan.

“Kalau diikutkan tindakan simulasi dilakukan Beto kalau dapat dikesan pengadil perlawanan, maka layangan kad ku­ning dikenakan. Saya kesian de­ngan hukuman penggantungan dua perlawanan tetapi mungkin mesej cuba disampaikan kepada pemain lain untuk tidak melakukan simulasi,” katanya dalam sesi temu bual dalam MMTV, semalam.

Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan keputusan atau hukuman juga tidak dibuat sesuka hati atau mengikut keputusan seseorang individu sahaja, sebaliknya ia dibuat menerusi me­syuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM.

“Untuk menghukum seseorang pemain atau pegawai, ia bukan sesuatu yang mudah untuk kita tengok video dan terus jatuh hukuman,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya