FAM sedia berbelanja dapatkan vaksin di luar negara - Utusan Malaysia

FAM sedia berbelanja dapatkan vaksin di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia untuk mengeluarkan sebarang bayaran bagi mendapatkan vaksin buat pemain negara yang beraksi di luar negara.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, buat masa sekarang pemberian vaksin di luar negara sama seperti di negara ini dengan keutamaan diberikan kepada rakyat tempatan kerana masalah bekalan yang masih kurang.

STUART RAMALINGAM

“Tiada masalah (jika dikenakan bayaran), kami akan bayar kerana perkara itu bukan masalah tetapi masalah sebenar ialah bekalan vaksin di negara berkenaan dan keutamaan adalah untuk warga tempatan.

“Apa jenama vaksin tidak menjadi masalah kerana kami perlu mengikut apa yang ditentukan kerajaan di negara berkenaan,” katanya selepas Mesyuarat Agung Jawatankuasa Pengadilan FAM, di Wisma FAM, semalam.

Antara pemain negara yang beraksi di liga luar ialah penyerang muda sensasi negara yang mewakili kelab Belgium, KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin, pemain kelab Chonburi FC (Thailand) Junior Edstal dan pemain naturalisasi negara yang kini beraksi di Australia bersama Newcastle Jets, Liridon Krasniqi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya