Derita Tok Gajah berpanjangan - Utusan Malaysia

Derita Tok Gajah berpanjangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penang FC menambah derita Sri Pahang apabila memberikan kekalahan ketiga berturut-turut buat Tok Gajah dengan kemenangan 3-0 dalam aksi Liga Super 2021 di Stadium Bandaraya di sini malam ini.

Anak-anak buah Dollah Salleh masih gagal mencari kemenangan selepas enam perlawanan, sekali gus kekal di tangga kedua tercorot liga.

Gol sulung skuad bimbingan ‘Jurgen Klopp’ Malaysia, Tomas Trucha itu hadir seawal minit ke-11 hasil sepakan lerek pemain import dari Brazil, Endrick Dos Santos Parafita.

Jaringan kedua Skuad Harimau Kumbang diledakkan pemain tengahnya, Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-26 menerusi tendangan di luar kotak penalti.

Bagaimanapun, gol ketiga tuan rumah hadir lewat pada minit ke-90 hasil tandukan Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew.

Hasil jaringan berganda Penang FC telah memecah kebuntuan pasukan kendalian Jurulatih Skuad Tok Gajah, Dollah Salleh apabila sepakan tepi  pemain hadapannya, Abdul Malik Mat Ariff hanya sempat menjengah di pintu luar kubu lawan.

Sri Pahang sedaya upaya menukar nasib  dengan memasukkan pertahanan import, Herold Goulon kurang 20 minit separuh masa pertama berakhir.

Pemain Perancis, Guolan sebelum ini mengalami kecederaan paha kanan dan tidak dapat beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu  lalu.

Memasuki babak kedua, pasukan pelawat ternyata mahu memburu gol pertama untuk pasukan dengan melakukan beberapa serangan balas namun ditentang rapat skuad tuan rumah.

Cubaan pemain hadapan Sri Pahang FC, Yevhen Bokashvili untuk membantu pasukannya tidak menjadi apabila sepakannya hanya melewati tepi gawang lawan.

Kedudukan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Penang FC akan bertemu Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 1 Mei depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya