'Demi Malaysia' bakar semangat atlet ke Olimpik - Utusan Malaysia

‘Demi Malaysia’ bakar semangat atlet ke Olimpik

REEZAL Merican Naina Merican (tengah) bersama atlet negara dalam majlis pelancaran Detik 100 Hari ke Tokyo 2020 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Slogan ‘Demi Malaysia’ akan menjadi laungan semangat dalam usaha merealisasikan cita-cita negara ke arah memburu pingat dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 Tokyo, bermula Julai ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ‘Demi Malaysia’ akan menjadi laungan pembakar jiwa rakyat di negara ini tidak kira di mana sahaja berara dalam apa jua perkara yang dilakukan.

“Demi Malaysia akan kita lakarkan menjadi laungan pembakar jiwa rakyat Malaysia tidak kira di mana sahaja, dalam apa jua yang kita lakukan.

“Untuk saya secara peribadi, Demi Malaysia ini terjelma jelas apabila kita, tidak hanya hadir di Olimpik sebagai peserta tetapi kita menjadikan kehadiran kita di Olimpik memberikan makna dan meninggalkan kesan.

“Kita ingin memberitahu bakal lawan-lawan kita di Tokyo apabila berhadapan dengan atlet Malaysia, mereka tidak akan berhadapan dengan lawan yang mudah,” katanya.

Reezal berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Detik 100 Hari ke Olimpik 2020 Tokyo di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk M Noor Azman Taib; Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria; Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin; dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Sehingga kini seramai 12 orang atlet telah berjaya melayakkan diri ke Olimpik Tokyo 2020 melibatkan lima jenis sukan iaitu akuatik terjun, pelayaran, berbasikal, memanah dan gimnastik artistik.

Proses kelayakan masih berlangsung sehingga bulan Jun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya