City pahat sejarah Piala Liga - Utusan Malaysia

City pahat sejarah Piala Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester City melakar rekod menjuarai Piala Liga kali keempat berturut-turut selepas tandukan lewat minit Aymeric Laporte membantu mereka menewaskan 1-0 Tottenham sebentar tadi.

Spurs memberi tekanan hebat kepada City sepanjang perlawanan akhir di Stadium Wembley.

Bagaimanapun, City akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-82 selepas Laporte menyudahkan sepakan bebas Kevin de Bruyne untuk menewaskan penjaga gol lawan, Hugo Lloris.

Ketangkasan Lloris, pertahanan ampuh Tottenham dan ketumpulan jentera serangan City memaksa 8,000 penonton yang memasuki stadium terpaksa menunggu lama untuk melihat gol terhasil.

PEMAIN Manchester City meraikan kejayaan muncul juara Piala Liga.

City kini menyamai rekod Liverpool menjuarai kejohanan empat kali berturut-turut, malah turut menyamai rekod Reds merangkul lapan trofi keseluruhan.

Dengan kekalahan ini, Tottenham yang dibimbing jurulatih sementara, Ryan Mason terpaksa menunggu lebih lama untuk menamatkan penantian trofi pertama sejak 2008.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya