Chong Wei impi pingat emas Olimpik - Utusan Malaysia

Chong Wei impi pingat emas Olimpik

LEE CHONG WEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biarpun pernah dikecewakan empat kali, namun impian Datuk Lee Chong Wei untuk menghadiahkan pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik tidak pernah pudar.

Kali ini, Chong Wei bukan lagi turun sebagai pemain, sebaliknya Chef de Mission (CDM) ke Sukan Olimpik 2021 Tokyo, dengan beliau mengharapkan akan ada di antara atlet kebangsaan mampu merealisasikan impiannya itu.

“Saya memang tak kisah kalau saya tak dapat emas untuk negara, asalkan pasukan yang saya ‘bawa’ ini dapat meraih emas Olimpik pertama untuk Malaysia.

“Itu lebih penting kerana ia juga adalah impian saya. Saya tak kisah bukan dari badminton sahaja, Azizulhasni Awang, penerjun negara juga boleh, atau atlet lain yang kini sedang merebut tempat ke Tokyo.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perjanjian kerjasama antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Yonex di Bukit Kiara, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, legenda berusia 39 tahun itu berkata, dia sedia membantu Lee Zii Jia dalam pengurusan wang selepas juara All England itu dilimpahi pelbagai rezeki selepas mengecapi kejayaan di Eropah.

“Dia ada datang jumpa saya dan bertanyakan tentang bagaimana untuk menguruskan semua itu. Saya kongsikan apa yang saya lalui dan selama 19 tahun di BAM.

“Saya cerita bagaimana saya uruskan pendapatan dan tekanan saya, baik daripada penaja mahupun karier saya sebagai pemain badminton,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya