Chelsea, City tarik diri sertai Liga Super Eropah - Utusan Malaysia

Chelsea, City tarik diri sertai Liga Super Eropah

PETR Cech terpaksa menenangkan peminat Chelsea yang berkumpul di luar Stamford Bridge sebelum aksi Liga Perdana menentang Brighton.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penganjuran Liga Super Eropah (ESL) semakin samar selepas Chelsea memulakan dokumentasi untuk menarik diri daripada pertandingan.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City juga dijangka mengikut jejak Blues selepas menerima kecaman hebat.

Pagi tadi, penyokong Chelsea berkumpul di luar Stamford Bridge untuk menyatakan bantahan sebelum bermulanya aksi EPL menentang Brighton.

Pengarah Teknikal Chelsea, Petr Cech terpaksa merayu kepada peminat untuk memberi laluan kepada pasukan memasuki stadium.

Sebelum itu, pengendali City, Pep Guardiola mengecam ESL dengan berkata: “Ia bukan sukan apabila kejayaan sudah dijamin atau kekalahan tidak membawa erti.”

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menyifatkan rancangan itu sebagai ‘kartel’ sambi berikrar akan membantu Persatuan Bola Sepak England (FA) dan pentadbir EPL mengagalkan projek berkenaan.

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford menyertai rakan sepasukan, Bruno Fernandes mempersoalkan pertandingan itu dengan memuatnaik gambar Sir Matt Busby bersama mesej: “Bola sepak tiada makna tanpa penyokong.”

Kapten Liverpool, Jordan Henderson turut mengadakan mesyuarat bersama semua ketua pasukan EPL bagi membuat keputusan kolektif berhubung ESL.

Semua pemain menyatakan keraguan terhadap penganjuran pertandingan yang turut ditentang badan bola sepak Eropah dan dunia, UEFA serta FIFA.

Kesemua 14 kelab EPL yang tidak terlibat dalam pertandingan itu sebulat suara menolak ESL seleps mengadakan mesyuarat, manakala gergasi bola sepak Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan tidak akan mengambil bahagian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya