'Bunuh' TMJ dulu, baru JDT - Utusan Malaysia

‘Bunuh’ TMJ dulu, baru JDT

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Nak bunuh JDT (Johor Darul Ta’zim), kena matikan dulu TMJ (Tengku Mahkota Johor).”

Itu penegasan Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam komen di Instagram susulan kritikan yang diterima Harimau Selatan ekoran kekalhan 0-1 kepada Terengganu FC, Sabtu lalu.

Terengganu meleburkan rekod tanpa kalah JDT dalam 21 perlawanan Liga Super menerusi kemenangan mengejut di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Menerusi Instagram Tunku Ismail memaklumkan bahawa kekalahan di tangan skuad penyu adalah perkara biasa dan paling penting rekod yang dicipta pasukan terbabit masih lagi belum ada pasukan lain pecahkan.

Katanya, matlamat dan agenda juara tujuh kali berturut-turut Liga Super itu sangat jelas dan boleh dikatakan tidak ‘goyah’ dengan kekalahan terbabit selepas mencipta rekod tanpa tewas selama dua tahun.

“Rekod-rekod kami masih belum ada pasukan pecahkan…kami masih di sini dan agenda kita adalah jelas… dua tahun tak kalah.. kekalahan akan berlaku…tak menang piala akan berlaku.

“Tetapi kelab aset dan pencapaian masih wujud serta kekal. Semangat kami adalah anda, apabila kami menang, terima kasih kepada anda.

“Apabila kami kalah, minta maaf kami sudah mencuba yang terbaik… Last sekali kepada penyokong kami dan penyokong bola sepak tanah air. Saya masih hidup dan JDT akan terus akan terus kekal sebagai pasukan gergasi,” katanya, menerusi ruangan komen di Instagram miliknya.

Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada pihak tertentu bahawa bukan mudah untuk ‘matikan’ JDT selagi Tunku Ismail kekal sebagai pemilik kelab berkenaan.

“Nak bunuh JDT kena matikan TMJ dahulu namun semua sedia maklum perkara itu bukan mudah. Kepada JDT ini bukan kali pertama kita kalah so rilek (tenang) kepada yang benci kami goodluck (semoga berjaya),” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN