Blues sudah bangkit - Tuchel - Utusan Malaysia

Blues sudah bangkit – Tuchel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-5 kepada West Brom minggu lalu, Thomas Tuchel gembira dengan kebangkitan Chelsea ketika menewaskan Crystal Palace awal pagi tadi.

Pengendali Blues itu percaya, kemenangan tersebut meletakkan pasukannya kembali ke landasan terbaik selepas turut menewaskan Porto dalam aksi Liga Juara-Juara, minggu lalu

Tuchel juga memuji persembahan dan tenaga yang dimiliki oleh pemain tengah, Mason Mount.

Kemenangan di Selhurst Park itu membolehkan Blues kembali dalam kelompok empat terbaik liga dengan mengutip 54 mata.

CHRISTIAN Pulisic meledak dua gol buat Chelsea.

Kai Havertz membuka jaringan Chelsea seawal minit kelapan, manakala Christian Pulisic meledak dua gol dan Kurt Zouma menanduk gol cantik di minit ke-30.

Mount turut mencipta gerakan untuk tandukan yang dihasilkan Zouma, malah mencipta beberapa hantaran dan percubaan baik biarpun tidak mencetak nama sebagai penjaring.

Mount, 22, kemudian diumum sebagai pemain terbaik perlawanan.

“Saya amat gembira dengan tenaga semua orang, terutama Mason.

“Seperti yang saya kata, sekarang masanya untuk anda berjuang mendapatkan tempat.

“Kalau anda berada di atas padang, berikan aksi terbaik untuk pastikan anda kekal di sana selepas ini,” kata Tuchel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya