Bayern di ambang juarai Bundesliga - Utusan Malaysia

Bayern di ambang juarai Bundesliga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Di sebalik kontroversi yang melanda pengendali mereka, Hansi Flick, Bayern Munich terus cemerlang dan selangkah untuk menjulang kejuaraan Bundesliga selepas menumpaskan Bayer Leverkusen 2-0 pagi tadi.

Ketika saingan berbaki empat perlawanan, Bayern meninggalkan pencabar terdekat, RB Leipzig dengan kelebihan 10 mata.

Dua jaringan pantas yang dihasilkan Eric Maxim Choupo-Moting di minit ketujuh serta Joshua Kimmich pada minit ke-13 memastikan tiga mata berharga berjaya dipungut.

Ketika saingan berbaki empat perlawanan, Bayern boleh mengesahkan gelaran liga Jerman kesembilan berturut-turut dengan kemenangan di Mainz, Sabtu ini.

“Sebelum perlawanan saya beritahu pasukan kami boleh mengorak langkah besar jika menang hari ini. Itulah yang kami lakukan.

“Sekarang, kami mahu menang di Mainz,” kata Flick.

Kemenangan itu meredakan keresahan penyokong Bayern terhadap situasi tidak menentu ketika ini selepas Flick mengumumkan untuk berundur sejurus liga berakhir.

Hasrat pengendali berusia 56 tahun itu bagaimanapun ditolak oleh kelab. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya